1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari
adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia
selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi
mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3.
Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan
malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan
berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan
"Ya, memang aku tidak memahami kamu," itu maknanya pemikiran dia dan
anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba
untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk
bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi
percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam
fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat
membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. "Awak sedang buat
apa?" atau "Dah makan belum?" adalah ayat yang paling selalu diucapkan
oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai
berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang
anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia
akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau
berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet
ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8.
Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu
jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah
dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk
menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya,
walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10.
Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau
kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda,
tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12.
Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang
dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan
paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita
kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi,
lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa
sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti
anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16.
Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum
akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal
menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana
anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat
seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh
melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah
melupakan dibanding wanita.
18. Jangan pernah berkata padanya,
"Mmhhâ?¦Ã¢?¦.lupakan jelah" kerana hal ini akan membuat dia
bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga
makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki
tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap
belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda
melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan
anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).
21.
Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan
pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak
mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal
yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi
percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
22.
Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah "Akan
aku cuba lagi". Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi
kekasihnya dulu-dulu?.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat
lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas,
tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut
wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
24. Lelaki benci gay!
Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak
habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28.
Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan
waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita
tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh
mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya,
percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31.
Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat
air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda
bersedih.
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka
tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa
adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38.
Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup
mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39.
Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam
matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
40.
Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain.
Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42.
Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada
wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali
meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan
membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka
lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu
keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46.
Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak
mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47.
Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki,
tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk
anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka
mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu
berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox
message di dalam handphone anda.
49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
sumber : http://www.lucgen.com/2013/06/inilah-50-fakta-mengenai-pria-yang.html