Assalammualaikum
Alhamdulilah Ya Allah , kerana DiriMu memberikan penghidupan untukku.Hari nie hari ahad, mesti ramai yang sedang duduk di rumah berehatkan diri dan mencari ketenangan. Aah sebelum tu jomlah mulakan hari yang indah ini dengan senyuman yang menawan kerana mampu mengubat hati yang lara. Sekurangnya mampu menenangkan hati kita. Aah ramai yang hantar email dan mesej dengan acik, dia kata menyesal aku pernah kenal dengan dia, menyesal aku pernah couple gan dia, menyesal aku suka dia, menyesal aku.. menyesal dan terus menyesal.
Kadang kala acik sendiri pelik tengok manusia ini, saat indah mereka bersama , saat suka, gembira dan bercinta bagai nak rak tu tak mneyesal pulak.Bila tiba kecewa, putus cinta dan sakit hati kita mengungkapkan kita menyesal pernah kenal dia. Memang pada dasarnya hati kita terluka, merana dan menderita tapi dia juga pernah membahagia kita bukan ?
Seharusnya kita bersyukur dengan siapa apa yang pernah datang dalam hidup kita, bukannya seharusnya kita salahkan mana- mana pihak. Dalam hidup nie , kita yang membenarkan mereka datang di kehidupan kita sama ada dengan rela atau paksaaan. Susungguhnya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita.
Yup memang betul seseorang yang pernah datang dalam hidup kita buat hidup kita merana, kecewa ,kehilangan dan macam-macam lagi tapi pernah tak terfikir setiap apa yang berlaku itu adalah pengalaman yang sangat berguna untuk kita berjaya di masa hadapan . Sebagai contoh, seseorang tu pernah fail subjek ketika sem 1, semestinya sem -sem akan datang dia akan perform dengan lebih baik.