1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut untuk promote blog anda. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BLOG. Contoh:
Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut untuk promote blog anda. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BLOG. Contoh:
www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.
2. Tajuk blog hebat.
Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan blog anda ketika berada selari dengan blog-blog lain di dalam senarai blog seseorang. Seperti tajuk blog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click blog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.
3. Tajuk entri
Tajuk entri mengancam ni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common
sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling
penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option
mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan
kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda,
hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya
naik kepada 15%?
4. Isi entri setimpal.
4. Isi entri setimpal.
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS
MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH
RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk
Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani.
5. Perkara yang harus dielakkan.
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE
DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti
saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau,
eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search
Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda
mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam
entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan
lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".
6.Lirik lagu.
6.Lirik lagu.
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda
meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU
ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah
dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca,
dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah
resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.
7. Kosa kata yang luas.
7. Kosa kata yang luas.
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.
8. Perihal gambar.
8. Perihal gambar.
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak.
Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui
fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3
megapixel, sumpah pathetic kejap blog ini.
9. Perihal gambar 2.
9. Perihal gambar 2.
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang
cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk
memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari
lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak
kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru
bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah
motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar
sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau
nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru
bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap
mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur
ya.
10. Tema.
10. Tema.
Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN
KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan
menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background
YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang.
Simple but nice, cliche but true.
11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang
di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda
sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan
dijemput ke produk launch etc!
12. Carutan dan kutukan.
12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan
mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah
anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan
benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan
bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan
pendapatan dengan blog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi
perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog
is, please take note.
13. Psikologi minda.
13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda
pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung
untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ?
Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang
sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia,
suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website
rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio
Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis
sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda
nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh
macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada
blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak
bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady
traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA
www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)
14. Variasi topik.
14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA
YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk:
Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka
idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar
(kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa:
Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi
Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan
catatan aktiviti seharian anda :)
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar